Nama aku Johari Adam Johan. Tapi kawan-kawan aku biasa panggil aku Jojo. Tahu Kenapa? Sebab mereka kata muka aku ni macam pelakon lelaki yang memainkan watak Jojo dalam sinetron Tasbih Cinta yang popular di TV3 tu, Andrew Andhika. Aku bukanlah nak perasan tapi kalau orang dah kata macam tu… takkan aku nak nafikan, ya tak?
Sebenarnya aku bukan nak bangga ka apa tapi hakikatnya aku ada ramai peminat perempuan kat sekolah. Boleh dikatakan semua budak perempuan minatkan aku. Tapi aku tak pernah layan pun. Mereka saja yang selalu kacau aku. Kadang-kadang tu rimaslah juga. Tapi apa nak buat? Sudah nasib badan…
Aku sebenarnya ada minat satu kumpulan ni. Nama kumpulan ni… Jonas Brothers. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat kumpulan ni. Mungkin sebab mereka tak pernah ada publisiti murahan dan ‘cool’! Walaupun ada la sesetengah orang anggap mereka ni pondan. Kat manalah pondan tu ya? Aku tak nampak pun. Nak buat macam manakan, mulut orang. Kalau bab mengata nombor satu tapi kalau ditanya tentang pelajaran, mulalah nak garu kepala…
Hari tu masa aku berada di kafeteria sekolah, ada seorang awek gedik yang sebaya dengan aku, Julia. Dia datang dekat lalu menyapaku “Jojo… jomlah pergi rumah I. Kita tengok movie terbaru “kembar” you, Andrew Andhika. Mesti you suka kan?” dengan gediknya dia menyoal aku. Aku tersenyum sinis dan menjawab “Sorry, I ada hal. Next time-lah, ya?” Lepas tu, aku cepat-cepat ‘blah’. Gila kalau aku nak terima tawaran dia tu. Lagipun, Iman aku bukannya kuat sangat, nanti kalau aku tergugat, buat susah semua orang ja…
Petang tu, aku main gitar sambil menyanyi lagi ‘Please be Mine’ kat rumah aku. Lagu ni memang kegemaran aku. Aku tak pernah jemu dengan lagu ni. Rentaknya yang perlahan dan liriknya yang mempunyai maksud mendalam amat menghiburkan hatiku, terutamanya pada bahagian korus.
Waktu aku sedang menyanyikan korus:
But I’ll be there forever, you will see that its better
All our hopes and our dreams will come true
I will not disappoint you, I will be right there for you
Till the end, the end of time, please be mine!
“Yes, I want to be yours,” tiba-tiba seorang lagi peminat istimewa aku datang kacau. Nama dia ni Eyza. Kalau tak silap aku, budak ni baru Form 1. “Abang tengah buat apa tu?” “Eh, adik Eyza. Abang tengah masak nasi ni. Tak nampak ke?” sindirku. Eyza yang mengerti bahawa aku menyindirnya sudah muncungkan mulut. “Abang Jojo ni teruklah!”, Eyza mengomel manja.
“Abang nyanyilah sebuah lagu untuk Eyza. Suara abang bestlah! Kalah Joe Jonas tau!”. Ah… dia dah tunjuk gedik dah! Aku tahu suara aku memang lagi ‘best’ dari Joe Jonas tu, kalau ikut nama lebih kurang ja. Aku Johari Adam Johan; dia, Joseph Adam Jonas. Tapi aku tak naklah bangga. “Sorrylah Eyza. Abang ada hal ni. Kita borak lain kali, ya?”. Aku terus lari masuk rumah. Hmm… itulah aku, asyik lari ja dari perempuan… Susah juga bila hensem ni…
Pada hari minggu, macam biasa aku akan lepak kat ‘shopping complex’ dengan ‘member-member’ aku, Muiz, Jason Ooi dan Tearx Ching. Mereka kawan sejati aku. Adakah anda berasa pelik dengan nama-nama ‘member-member’ aku? Aku ni biasalah, suka berkawan dengan rakan berbangsa Cina yang sekepala denganku. Ke mana saja kami pasti berempat. Kira macam ‘friends forever’ la kami ni…
Masa aku tengah jalan-jalan di ‘shopping complex’ itu, aku dengan tidak sengaja terlanggar seorang anak dara ni. Comelnya dia, pakai tudung… Nasib baiklah tak tersungkur. Kalau tak, jatuhlah “saham macho” aku. Tapi benda lain yang tersungkur, aku dah cuba cari tapi dah hilang. Tahu apa? Separuh daripada hati aku! Aku… aku dah jatuh cinta ka? Anak dara tu memang comel dan cun! Tak kelip mata aku tengok dia. Tapi, dia tengok aku macam nak terkeluar bola mata dia. Mungkin dia tak suka lelaki tengok dia macam tu kot!
Lepas aku dah beli album Jonas Brothers “Lines, Vines and Trying Times” di sebuah kedai di ‘shopping complex’, aku terus balik. Sampai ja kat rumah, aku terus pasang ‘CD’ lagu tu. Entah kenapa, aku asyik terbanyangkan perempuan tu ja waktu dengar lagu “Fly with Me”. Kawan aku, Tearx dapat tahu yang aku dah jatuh hati kat perempuan tu. Dia mula manjalankan operasi cinta untuk menolang aku dapatkan maklumat tentang perempuan tu.
Akhirnya, Tearx berjaya mendapatkan maklumat tentang dia. Nama anak dara itu Nur Isabella. Dia merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, kini dia di tingkatan tiga. Setelah Tearx memberikan semua butiran diri Bella kepadaku, baru aku sedar. Bella itu merupakan budak perempuan yang aku tergila-gilakan waktu sekolah rendah di Bayan Lepas dulu. Patutlah muka dia macam pernahku lihat.
Akhirnya, Tearx berjaya mendapatkan maklumat tentang dia. Nama anak dara itu Nur Isabella. Dia merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, kini dia di tingkatan tiga. Setelah Tearx memberikan semua butiran diri Bella kepadaku, baru aku sedar. Bella itu merupakan budak perempuan yang aku tergila-gilakan waktu sekolah rendah di Bayan Lepas dulu. Patutlah muka dia macam pernahku lihat.
Mulai dari saat itu, aku cuba memikat dia dengan cara yang kuno tapi mujarab, iaitu utus-mengutus surat cinta. Akhrinya, taktik aku untuk mendapatkan kembali separuh hatiku berjaya. Kami pun menyatakan kepada semua orang bahawa kami sedang menjalani hubungan sebagai sepasang kekasih.
Setelah mendapat ‘result’ PMR, aku mendapat tawaran untuk ke Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) manakala Bella pula mendapat twaran ke Sekolah Menengah Ibrahim. Sejak inilah kami berpisah oleh sebab haluan yang berbeza. Walaupun aku sayangkan dia dan dia sayangkan aku, aku tidak terlalu menaruh harapan kepada cinta yang bertapak di sekolah (Cinta Monyet). Aku masih teringat-ingat kepada sepotong ayat yang pernah dikatakan Cikgu Sue: "Cinta Monyet hanya 1% akan berjaya jika diteruskan sampai ke jinjang pelamin ". Oleh itu, aku menaruh harapan supaya kami akan bertemu semula dan menjadi sepasang suami isteri yang soleh.
Sampai di sini sahaja coretan pengalamanku untuk dikongsi bersama-sama anda semua. Sekian, terima kasih. Wassalam…
No comments:
Post a Comment